Mitologi Agama adat Iban

Betara yang disembah

Masyarakat Iban umumnya mempunyai suatu dewa utama yang disembah bernama Bunsu (Kree) Petara yang tidak beribu bapa dan mencipta segala-galanya di dunia ini dan dunia lain.[2] Bunsu Petara menghulu dewa-dewi tujuh kesemuanya yang disebutkan sebagai Tansang Kenyalang:[3][4]

  • Sengalang Burong, dewa perang dan penyembuh
  • Biku Bunsu Petara sebagai pembantu dan pendeta utama
  • Menjaya sebagai dukun (manang) pertama dan dewa perubatan
  • Selampandai sebagai dewa penciptaan
  • Sempulang Gana dan Semarugah, dewa-dewa pertanian dan tanah
  • Ini Inda/Inee/Andan, dewa keadilan
  • Anda Mara, dewa kekayaan.

Para betara ini dipercayai lahir dari Raja Jembu berdatukkan Raja Durong yang dikatakan beasal dari Sumatra.[5]

Alam

Sebanyak empat jenis darjat yang dipercayai dan disembah dalam alam agama ini iaitu Bunsu Petara yang tertinggi, Tansang Kenyalang, roh suci Orang Panggau Libau (setaraf bidadari)[6] dan Gelong, roh hantu (Bunsu Antu) dan roh nenek moyang yang telah mati.[4]